Latar belakang Aliakbar Gulasan

Aliakbar dilahirkan di Kampung Kota Ayangan Keningau dan seterusnya menetap di Tenom, Sabah. Beliau anak keempat daripada lapan beradik. Ayah beliau, Gulasan bin Mushall Khan, awalnya bekerja sebagai pemandu kereta penumpang menggunakan kereta Land Rover (Tenom-Keningau). Ayahnya juga mempunyaitanah getah dan koko. Selepas itu, ayahnya juga menjadi pemandu di Jabatan Kerja Raya (JKR) Tenom. Emak beliau, Ruhujah binti Musturullah pula bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa[2].

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan St Anthony Tenom bermula 1978 sebelum melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah St Anthony Tenom dari Tingkatan 1 hingga 5 (1983-1987). Kemudian beliau meneruskan persekolahan dalam Tingkatan Enam di SMK Gunsanad Keningau (1988-1999).

Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang pengajian Geografi. Selepas itu, beliau meneruskan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hingga lulus Ijazah Sarjana Pengurusan Alam Sekitar pada 1995 dan kemudian meneruskan pengajian di peringkat PhD dalam bidang Geografi Bandar pada 2009[2].

Kerjaya

Selepas berjaya menamatkan pengajian di UKM pada 1995, beliau diterima berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sejak November 1996. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Koko Malaysia ejak 1 Julai 2020[2].

Berkaitan